badar upnm

"ishh taknaklah kawan sangat dengan dia, baik sangat! asik kena tegur je, ini tak betul, itu tak betul, rimaslah! "

Kata-kata di atas suatu realiti bukan?ok. Bayangkan, ketika anda berjalan-jalan bersama kawan anda dan anda terpijak najis, berdekah-dekah kawan anda mentertawakan anda dan mereka hanya membiarkan anda memijak najis itu. anda pasti rasa itulah kawan yang paling teruk anda pernah anda. namun, pasti lain situasinya ketika anda berjalan bersama-sama dengan rakan anda, anda hampir terpijak najis, namun cepat-cepat kawan anda menegur anda ada najis disitu, anda pun cepat-cepat mengelaknya dan bersyukur tidak terpijak najis itu dan bersyukur juga ada kawan yang begitu prihatin kepada kita.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita amat bertuah jika masih ada yang mahu menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah redhai. dalam situasi di atas, sahabat yang menegur kita dan yang membimbing kita itulah yang dapat menolong kita daripada tergelumang dengan najis-najis dosa serta terus hanyut dalam kelalaian kepada dunia. Beruntungnya kita mempunyai sahabat yang sentiasa memandui kita menjalani liku-liku dunia yang mana begitu banyak benda yang indah di mata nafsu tetapi begitu jelik di mata iman.

Cuba bayangkan, kita dikerumuni kawan-kawan yang langsung tidak pernah membawa kita mengingati Allah, yang hanya tahu berhibur, bergelak ketawa dan mengajak kita kepada perkara-perkara yang membawa kemungkaran Allah. Iman kita pasti lambat laun akan goyah dan punah. Akhirnya, di akhirat nanti menyesal sudah tiada guna lagi lantaran keegoan kita yang tidak mahu tunduk pada kebaikan yang sering diserukan kepada kita. lebih malang lagi, apabila ajakan - ajakan ke arah kebaikan dan ke arah keredhaan Allah kita selalu entengkan malah lebih teruk jika kita mengata pula yang mengajak kita ke arah kebaikan itu. dikata ini, dikata itu. Umpamanya, kita mengata orang yang cuba memberitahu kita supaya mengelak daripada terpijak najis. tidakkah kita seorang yang sangat teruk jika berpelakuan seperti itu?

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. "nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.". Iya, nikmat sahabat yang soleh memang tidak ternilai, melihat gerak gerinya, mendengar tutur katanya, semuanya mengingatkan kita kepada Allah. SubhanAllah.

Dalam bersahabat juga, kita perlu ambil masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia biasa. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. kawan yang sentiasa membimbingnya dan menyedarkannya bahawa segala kekuatan itu datangnya dari Allah yang Maha Kuat dan segala apa yang kita ada juga datangnya dari Allah.

Semoga kita dapat mendidik diri agar tidak bosan menghulurkan tangan. Bukalah ruang rahmat dihati kita, sambutlah tangan mereka dengan penuh kasih sayang. Tiada kesempurnaan dalam diri manusia, bersabarlah menghadapi sahabat yang pelbagai. Semoga kita tergolong dalam golongan sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. bersahabat hingga Syurga ! insyaAllah.

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”



www.ilmi-islam.com
Assalamualaikum wbt. :)
jom baca Al-Quran? :D



read quran charge your iman 

Assalamualaikum wbt.
adab bergaul bersama sahabat sahabat.ayuh praktikkan :)



Dosa merupakan penghubung antara manusia dengan taubat. Setiap insan pasti akan terdetik didalam sanubarinya, rasa ingin bertaubat dan ini merupakan langkah pertama dalam menuju hakikat hidup yang sebenar. Fitrah dunia ini diciptakan adalah menjadi pentas buat kita mengumpul sebanyak bekalan yang mampu dibawa kedunia yang kekal abadi, dan beruntunglah mereka yang melalui jalan-jalan menuju taubat.
Adakah Masih Ada Peluang?
Suasana hening dan nyaman di sekitar Gerai Mcfly membuatkan aku terkesima dengan deruan ombak yang membasahi pantai. Sangat sukar merasai suasana seperti ini tatkala Musim Monson di Pantai Timur terkenal dengan angin kencang dan deruan ombak yang menggila. Teh tarik yang masih panas aku hirup perlahan-lahan menjadi pelengkap kepada kedamaian petang itu.
Sedang asyik melayan perasaan, aku disapa oleh satu suara yang sangat aku kenali. "Sorang je ke?", dengan refleksi spontanku menjawab "waalaykumussalam, a'ah sorang je", Amir menjadi segan seketika, mungkin merasa malu kerana lupa memberikan salam terlebih dahulu. Amir duduk disebelahku, lalu kami berbual tentang hal-hal yang mewarnai kampus ketika ini. Benar, Universiti di persisiran pantai ini mempunyai banyak masalah, hakisan pantai dan masalah pentadbiran menjadi tajuk perbincangan kami.
Sedang rancak berbual, pertanyaan Amir tentang suatu hal menyentak jiwaku saat itu, "Bro, ko rase kalau aku taubat tuhan terima tak". Soalan diluar dugaan. "Kenapa tuhan tak terima pulak?" balasku dalam nada selamba tetapi penuh perhatian. "Banyak kot dosa aku, bertimbun bai".
Adakah menjadi suatu masalah bagi Allah untuk mengampunkan dosa hamba-Nya? Kadangkala kita terlalu berfikir  tentang dosa dari taubat itu sendiri. Allah memasukkan seorang pelacur yang memberi anjing minum kedalam syurga, dan adakah menjadi suatu yang sukar kepada Allah untuk memasukkan kita kedalam syurga-Nya? Tiada yang mustahil buat Allah. Maka taubat adalah kunci penghapus segala dosa.

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Surah At-Tahrim (Ayat 8)
Allah tidak pernah meletakkan "Terma dan Syarat" dalam menerima taubat hambaNya. Ketahuilah, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya, dan ketahuilah kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan. Maka manfaatkanlah ruang dan peluang taubat itu dengan sebaiknya sebelum kita dipanggil menuju ke destinasi sebenar.




sumber ; youtube.com